← Kembali ke blog
Artikel· Saharuddin Ahmad · CEO Laziz Global

Personal Branding

Personal Branding — Saharuddin Ahmad

Alhamdulillah, selesai 2 hari Personal Branding Intensive bersama Datuk Jake Abdullah & Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

Banyak benda yang buat saya fikir balik tentang personal branding.

Selama ni saya lebih fokus bina bisnes dan brand LAZIZ.
Saya fikir, produk kena bagus, team kena kuat, sistem kena jalan dan sales kena grow.
Personal branding ni saya tak berapa fikir sangat.

Tapi sepanjang 2 hari ni, saya mula nampak dari sudut lain.

Personal branding bukan tentang nak jadi popular.
Tapi apa yang orang ingat bila sebut nama kita.

Saya pun mula tanya beberapa orang yang rapat dan pernah bekerja dengan saya.
“Apa 3 perkataan yang menggambarkan saya?”

Jawapan mereka berbeza-beza.
Tapi bila saya kumpulkan, banyak yang menuju kepada benda yang sama.

Pemimpin.
Strategik.
Pelaksana.

Dan ada satu ayat yang saya rasa memang dekat dengan cara saya bekerja.
I MAKE IT HAPPEN.

Saya memang jenis kalau ada masalah, saya nak cari jalan.
Ada idea, saya fikir macam mana nak buat.
Dah buat keputusan, kita gerak.
Tak menjadi, kita belajar dan baiki.

Bila fikir balik, mungkin selama ni saya memang dah bina personal brand.
Cuma saya tak sedar dan tak buat secara sengaja.

Satu lagi benda yang saya belajar, personal brand founder tak semestinya kena asing daripada brand company.

Saya sendiri dah lalui macam-macam dalam membina LAZIZ.
Dari produk, sales, production, team, sistem sampailah sekarang kami mula lebih serius dengan OEM.

Banyak benda menjadi.
Banyak juga benda tak menjadi.

Dan saya rasa pengalaman macam ni yang patut saya lebih banyak kongsi selepas ni.
Bukan sebab saya dah hebat.
Saya pun masih belajar.
Tapi mungkin apa yang saya dah lalui boleh bantu orang lain yang sedang melalui benda yang sama.

Jadi lepas ni saya nak lebih banyak bercakap tentang 3 perkara:
Leadership. Business. Execution.

Apa yang menjadi, kita share.
Apa yang tak menjadi, kita ambil lesson.
Ada masalah, kita cari solusi.

Dan bila dah tahu apa yang perlu dibuat…
MAKE IT HAPPEN.

Lihat pos asal di Facebook ↗