← Kembali ke blog
Artikel· Saharuddin Ahmad · CEO Laziz Global

Jangan Tunggu Semua Sempurna Untuk Mula

Jangan Tunggu Semua Sempurna Untuk Mula — Saharuddin Ahmad

Kalau saya tunggu semuanya cukup dulu, mungkin banyak benda yang saya buat hari ni masih belum bermula. Kadang kita tunggu sebab rasa belum ready. Duit tak cukup, orang tak cukup, sistem belum betul. Saya pun pernah macam tu.

Tapi lama-lama saya belajar, memang takkan pernah cukup. Kita mula je dulu dengan apa yang ada. Dah jalan nanti baru nampak mana yang tak kena. Salah, baiki. Tak tahu, belajar. Tak menjadi, cuba cara lain. Yang penting jangan duduk di tempat yang sama terlalu lama.

Sampai sekarang pun banyak benda saya buat bukan sebab saya dah 100% ready. Saya buat sebab kalau tak mula, kita takkan tahu sejauh mana kita boleh pergi. Mula dulu.

Esok mana sahabat ada sekitar Kuala Lumpur boleh singgah di booth Laziz di Medan Mara Sempena PAHANG SHOWCASE 2026.

MAKE IT HAPPEN.

Lihat pos asal di Facebook ↗