Baru-baru ni isu panggilan “abang” dan “kakak” di tempat kerja hangat dibincangkan di media sosial sampai masuk akhbar. Ada yang kata itu budaya kita, lebih mesra dan tanda hormat. Ada juga yang rasa bila di tempat kerja, lebih baik ada boundaries yang jelas. Bila saya baca isu ni, saya terfikir tentang team sendiri. Kadang-kadang benda nampak kecil macam cara kita panggil satu sama lain pun sebenarnya boleh membentuk culture tempat kerja.
Sebab itu saya pilih untuk team saya mula biasakan panggilan Encik dan Puan, berbanding abang dan kakak. Bukan sebab saya nak jadikan tempat kerja terlalu formal atau hilangkan kemesraan. Kita masih boleh bergurau, makan sama-sama dan rapat sebagai satu team. Cuma bila bekerja, saya mahu ada satu garis yang jelas antara hubungan peribadi dengan tanggungjawab profesional. Bila KPI tak capai, kita boleh tegur. Bila ada kesilapan, kita boleh betulkan. Bila ada keputusan yang susah, kita tetap buat.
Bagi saya, culture bukan dibina melalui poster di dinding. Ia bermula daripada perkara kecil yang kita buat setiap hari. Rapat itu bagus, tapi profesionalisme tetap kena ada. Ini pilihan saya untuk team saya, mungkin tempat lain berbeza. Kalau tempat kerja awak, lebih selesa guna “abang/kakak” atau “Encik/Puan”?